Ads Top

(Video) Lucu, Gelagat Anjing Cuba ‘Larikan Diri’ Lepas ‘Curi’ Gigi Palsu Bikin Geli Hati

Setiap haiwan peliharaan seperti anjing sememangnya akan mempunyai telatah tersendiri yang akan sentiasa menambat hati pemiliknya walaupun kenakalan mereka terkadang amat menjengkelkan.

Seperti yang dialami oleh seorang lelaki di Michigan yang terkejut apabila mendapati anjing peliharaannya ‘mencuri’  gigi palsu dan memakainya sambil berlari dengan girang di dalam rumah.

Ben Campbell nyata terhibur dengan ‘persembahan’ anjing kesayangannya itu dan memuatnaik rakaman detik bermakna itu ke dalam Facebook dan Youtube. Mengejutkan, ia telah mendapat banyak tontonan.

Menerusi Facebook, Ben berkata bahawa dia membeli gigi palsu itu bagi ‘mengurangkan bosan’ semasa menjalani perintah berkurung namun anjingnya nyata sangat pandai dalam memberikan hiburan dan gelak tawa kepadanya.

Sumber: Metro.Uk

The post (Video) Lucu, Gelagat Anjing Cuba ‘Larikan Diri’ Lepas ‘Curi’ Gigi Palsu Bikin Geli Hati appeared first on Siakap Keli.




No comments:

Powered by Blogger.