Ads Top

Janna Nick Muat Naik Video Ala-Ala TinTong Ditegur Pedas Oleh PU Syed

Rata-rata kita tengok orang menegur orang lain dengan cara yang agak kasar. Contohnya seperti teguran-teguran yang dibuat di media sosial.kita perlulah saling mengingati satu sama lain cara bagaimana Islam mengajar kita untuk menegur kesalahan orang lain.Sesungguhnya teguran perlu dilakukan oleh seorang Islam kepada orang Islam yang lain.

Pelakon dan pengacara Janna Nick memohon maaf kepada Pencetus Ummah musim ketiga, Syed Mohd Bakri Syed Ishak atau lebih dikenali umum sebagai PU Syed selepas memuat naik sebuah video yang mengundang fitnah.Sebelum ini, Janna telah memuat naik sebuah rakaman video seakan berada di kelab malam sambil berseloroh air yang dipegangnya itu adalah arak.

Saya ni tak pandai agama. mengaji pun merangkak-rangkak. Senang cerita memang tak pakar la bab agama. Tapi masih belajar, masih bertanya, ada keinginan nak tambah pengetahuan agama.Yelah bukan semua orang lahir dalam keluarga yang yang kuat agama. Mana yang memang dapat didikan dari kecil tu alhamdulillah.Bila kita yang nak belajar ni kita percaya la dengan gelaran pencetus ummah. Jadi mohon la guna gelaran tu dengan betul.Jangan buat orang yang nak belajar agama jadi benci dengan orang yang menyampaikan agama. Ikut cara @puazmanofficial menegur tapi tak menyakitkan. Kita pun suka tengok post @puazmanofficial.Jangan la malukan prgram yang melahirkan. Sebab satu dua masalah habis semua kena tempias. Saya pun tak rasa saya betul.Saya minta maaf post saya mengundang fitnah. Apa yang saya minta dari diri saya yang hina cuma la teguran yang penuh kasih sayang. Ikhlas dari orang yang masih belajar.Saya minta maaf kepada semua. Saya juga mohon ampun kepada @pencetusummah_syed. Lepas ni saya post yang baik-baik ok dan saya pun dah memaafkan,” tulisnya di Instagram (IG) Stories.

Menerusi entri PU Syed, dia telah membuat teguran secara terbuka kepada Janna.PU Syed menegaskan dia tidak akan memadam entri tersebut selagi video tersebut masih berada di IG Janna.

Siapa dia Janna Nick? Ada ambe tengok lakonan dia!? Takde!! Dia buat apa dan nak buat apa, itu dia punya sukalah, kuburkan asing-asing. Malakul Maut tu kan pak sedara dia, Zabaniah yang jaga neraka tu abang angkat dia, apa dia nak kisah, dia juga takkan mati-mati, itu sebab dia boleh buat dan tunjuk apa dia suka.Buat para artis, korang berlakon, biarlah dengan iman bukan dengan nafsu!Maaf ambe offkan rungan komen bagi 2 status teguran ambe tersebut, ini kerana terlalu banyak ulasan yang tak sepatutnya.Ambe akan padam status teguran tersebut setelah beliau memadam apa yang tak sepatutnya ditunjukkan pada khalayak itu,” tulisnya.

Memberi nasihat memang perlu sekiranya seseorang itu melihat oran lain melakukan kesalahan. Cara menyampaikan nasihat dilakukan Rasulullah s.a.w. semasa berlakunya dimana seorang pemuda melakukan zina. Selain itu, semasa Rasullah s.a.w menasihati orang Arab yang kencing di Masjid. Ia menunjukkankan bahawa nasihat adalah cara menegur sebelum apa-apa tindakan lain.Peringatan secara keras atau kecaman hanya perlu dilakukan sekiranya nasihat secara lisan tidak berkesan ke atas orang yang melakukan kesalahan. Ia boleh dilakukan dengan dua cara iaitu dengan memberi kecaman hanya jika tiada cara lain dan jika nasihat secara halus tidak dapat mempengaruhi si pelaku kesalahan.

KreditSumber:Gempak




No comments:

Powered by Blogger.