Ads Top

(Video) Kreatif Betul, Rekaan Alat Pemicit ‘Hand Sanitiser’ Tanpa Guna Tangan Raih Pujian

Pandemik Covid-19 yang dihadapi di seluruh dunia pada ketika ini memperlihatkan pelbagai langkah yang telah diambil untuk mengurangkan penularan virus termasuk menguatkuasakan perintah berkurung dan perintah kawalan pergerakan.

Semua petugas barisan hadapan telah melakukan yang terbaik dalam membantu dan merawat pesakit Covid-19 namun rakyat juga perlu memainkan peranan dengan mematuhi nasihat yang telah ditetapkan oleh pihak berkuasa.

Penjagaan kebersihan seperti membasuh tangan sememangnya perlu ditekankan dan bagi sesetengah keadaan, penggunaan hand sanitizer juga semestinya boleh dipraktikkan oleh setiap orang.

Pun begitu, penggunaan hand sanitizer di tempat awam juga sebenarnya harus diteliti kerana orang ramai menyentuh permukaan bahagian pemicit yang sama.

Bagi mengelakkannya berlaku, ada individu yang inovatif dengan mencipta alat pemegang hand sanitizer yang dilihat sangat kreatif dan memudahkan orang ramai.

Menerusi video yang dimuatnaik oleh Dr Ib Shah di laman Twitter, rekaan itu hanya menggunakan paip pvc dan dilihat sangat mesra pengguna.

Walaupun tiada maklumat lanjut mengenai pereka alat pemegang  tersebut, warganet dilihat kagum dengan inovasi ini yang sangat berfungsi untuk kegunaan ramai.

Sumber: Dr Ib Shah

The post (Video) Kreatif Betul, Rekaan Alat Pemicit ‘Hand Sanitiser’ Tanpa Guna Tangan Raih Pujian appeared first on Siakap Keli.




No comments:

Powered by Blogger.