Reaksi Yang Rendah Diri Dr Noor Hisham Tentang Pengiktirafan Doktor Terbaik Peringkat Antarabangsa
Personaliti diri dan usaha yang dilakukan dalam kehidupan seharian memberikan hasil yang bagus untuk dicontohi oleh orang ramai.Selain menumpukan terhadap keperluan diri sendiri, orang yang berjaya juga menggunakan masa dalam mencari penyelesaian untuk orang lain. Mereka berasa seronok dan gembira dengan berkhidmat untuk orang lain menggunakan kepakaran yang dimiliki.
Dr Noor Hisham, 57, memegang jawatan Ketua Pengarah Kesihatan sejak 2013, dan dianggap ‘wajah yang memberi keyakinan’ oleh rakyat Malaysia kerana memberikan maklumat terkini mengenai Coviddd19 di media sosial, berlandaskan rumusan berasaskan fakta dan statistik.Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah menganggap pengiktifaran sebagai salah seorang doktor terbaik dunia oleh China Global TV Network (CGTN) berdasarkan kewibawaan beliau menangani krisis Coviddd19 bukan untuk dirinya tapi untuk negara.
“Saya rasa pengiktirafan itu bukan untuk saya tapi negara kita,” katanya pada sidang media harian di Putrajaya petang Khamis.
Menurut laporan CGTN, Dr Noor Hisham adalah antara tiga doktor terulung peringkat global dalam perang menentang koronavirus, selain pakar penyakitberjangkit Amerika Syarikat (AS), Dr Anthony Fauci dan Ketua Pengarah Kesihatan New Zealand, Ashley Bloomfield.Bagi Dr Noor Hisham, buat masa ini apa yang menjadi keutamaan adalah Kementerian Kesihatan (KKM) bekerjasama sebagai satu pasukan.
“Kita beri nasihat dan yang pastinya yang buat keputusan bukan saya tapi perdana menteri. Contoh kalau lihat MCO (Perintah Kawalan Pergerakan) perdana menteri yang melaksanakan… kita menasihati tapi buat keputusan dan tindakan ialah perdana menteri.Tapi kita harus bersyukur dan saya juga ambil kesempatan ini untuk mengucapkan terima kasih kepada semua kementerian dan menteri-menteri yang bekerjasama untuk laksanakan MCO,” katanya pada sidang media harian di Putrajaya petang Khamis.
Jelas beliau, KKM meneliti empat tindakan dalam memerangi jangkitanberbahaya itu.
“Pertama kawalan sempadan iaitu kita berterima kasih kepada Angkatan Tentera Malaysia, Polis Diraja Malaysia, pihak Imigresen untuk melaksanakan kawalan sempadan.Lepas tu kawalan pergerakan. Polis mengambil tugas untuk memastikan orang ramai patuh kepada perintah itu.Kita juga berterima kasih kepada barisan hadapan sama ada dari pihak kesihatan, polis dan mereka yang tampil ke ke hadapan untuk melaksanakan. Jadi saya rasa pengiktirafan itu bukan untuk saya tapi untuk negara,” katanya.
Dr Noor Hisham dan dua yang lain dipuji kerana sejak beberapa minggu lalu, mengetengahkan penampilan yang ‘tenang, jelas dan meyakinkan’ bagi menyalurkan maklumat serta fakta kepada orang ramai mengenai pendemik ini.Menurut CGTN, mereka bukan menteri Kabinet, namun berjaya muncul sebagai ‘wajah’ negara masing-masing dalam memerangi wabak Covidd19, malah ada yang menggelar mereka ‘pujaan hati, rock star dan hero negara’ di media.
Orang yang berjaya memahami konsep dan kuasa yang datang daripada rasa syukur. Ia membantu kita menjadi lebih fokus kepada perkara positif, meningkatkan keupayaan dalam menerima dan mengakui kelimpahan rezeki yang dikurniakan.Dalam menzahirkan rasa syukur ia bukanlah dilakukan semata-mata dengan mengucapkan perkataan syukur, tetapi dengan perbuatan.
No comments: