Ads Top

(Video) Individu Disyaki Guna Kapak ’Bantai’ Anjing Dalam Guni Undang Kemarahan Ramai

Haiwan juga merupakan makhluk Tuhan yang perlu disayangi dan dijaga. Pun begitu, ada sesetengah pihak yang tidak bertanggungjawab dengan menganiayai mahkluk tersebut tanpa rasa belas kasihan.

Terbaru, tular satu video yang dimuatnaik di Facebook Persatuan Haiwan Malaysia yang memaparkan seorang individu didakwa memukul haiwan disyaki seekor anjing berulang kali.

Menerusi rakaman yang berdurasi 23 saat itu, individu terbabit dipercayai menggunakan kapak untuk memukul anjing tersebut.

Menurut perkongsian itu juga, sekiranya perbuatan itu berlaku di dalam negara ini, diminta kepada pencinta haiwan seluruh negara untuk tampil memberikan maklumat. Walau bagaimanapun, menerusi komen netizen, ada yang mendakwa bahawa ia berlaku di Brunei.

Menerusi rakaman tersebut, seorang individu dilihat memukul bungkusan yang dipercayai terdapat anjing di dalamnya. Perkara ini adalah kerana terdapat suara anjing yang sedang menyalak seakan-akan berada dalam kesakitan.

Sumber: Persatuan Haiwan Malaysia

The post (Video) Individu Disyaki Guna Kapak ’Bantai’ Anjing Dalam Guni Undang Kemarahan Ramai appeared first on Siakap Keli.




No comments:

Powered by Blogger.