Ads Top

TERKINI: PKP Lanjut Dua Minggu Lagi Hingga 28 April 2020 – PM

Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) akan dilanjutkan selama dua minggu lagi, sehingga 28 April depan.

Perkara tersebut diumumkan oleh Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin menerusi sidang media Perutusan Khas Perdana Menteri, sebentar tadi.

Fasa ketiga PKP akan bermula pada 15 April ini, sejurus fasa kedua PKP tamat pada 14 April.

Secara keseluruhan, Malaysia telah melaksanakan PKP selama 6 minggu yang bermula pada 18 Mac lalu bagi mengekang penularan wabak Covid-19.

Sumber: Sidang Media Perutusan Khas Perdana Menteri

The post TERKINI: PKP Lanjut Dua Minggu Lagi Hingga 28 April 2020 – PM appeared first on Siakap Keli.




No comments:

Powered by Blogger.