Ads Top

“Sekolah Mungkin Tidak Dibuka Lebih Awal, Sehingga Keadaan Kembali Pulih”- PM

Menerusi sidang media yang disampaikan oleh Perdana Menteri Malaysia mengenai perutusan rasmi berkaitan Perintah Kawalan Pergerakan.

Susulan daripada itu, rata-rata ibu bapa bimbang dengan keselamatan anak-anak jika sekolah dibuka, jadi pengumuman yang disampaikan oleh Perdana Menteri hari ini, untuk tidak buka lebih awal sehingga keadaan pulih sedia kala. (Rujuk video pada minit ke 10:13)

Saya juga baca komen-komen ibu bapa di Facebook, ramai yang mahu penutupan sekolah untuk dilanjutkan lagi. Ibu bapa rata-rata bimbang tentang keselamatan anak mereka.

Saya pun ada cucu yang bersekolah seperti saudara dan saudari. Saya pun bimbang juga, semua orang sayang anak, cucu lagilah sayang…

Iadi sekolah mungkin tidak buka lebih awal, kita juga akan tangguh dahulu sesi persekolahan sehingga kita benar-benar yakin keadaan telah kembali pulih.

Beliau juga sarankan untuk anak-anak belajar di rumah mengikut saranan Perdana Menteri yang bakal disampaikan kepada Kementerian Pendidikan untuk menjalankan satu inisiatif pelajaran dari rumah, iaitu Home Based Learning untuk tempoh sehingga sekolah dibuka.

Sumber: Sidang Media

The post “Sekolah Mungkin Tidak Dibuka Lebih Awal, Sehingga Keadaan Kembali Pulih”- PM appeared first on Siakap Keli.




No comments:

Powered by Blogger.