Sukan Tidak Melibatkan Sentuhan Dibenarkan Dengan Syarat Penjarakkan Sosial

Menerusi perutusan khas Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin sempena Hari Pekerja, beliau memaklumkan bahawa aktiviti sukan yang tidak melibatkan sentuhan seperti jogging, berbasikal, golf dibenarkan dengan syarat penjarakkan sosial dan tiada sentuhan badan.
“Aktiviti sukan ‘outdoor’ yang tidak melibatkan sentuhan badan dan perhimpunan ramai dibenarkan. Jadi, saudara-saudari boleh bermain badminton atau tenis di luar tanpa penonton.
“Jogging, kayuhan basikal, golf dan larian dalam kumpulan kecil tidak melebihi 10 orang juga dibenarkan dengan syarat anda mengamalkan penjarakan sosial dan elakkan sentuhan badan,” katanya.
Sukan tidak melibatkan sentuhan seperti jogging, berbasikal, golf dibenarkan dengan syarat penjarakkan sosial dan tiada sentuhan badan.
Bagaimanapun Kenduri, aktiviti keagaaman seperti solat secara berjemaah masih tidak dibenarkan.
— MAJLIS KESELAMATAN NEGARA JABATAN PERDANA MENTERI (@MKNJPM) May 1, 2020
https://platform.twitter.com/widgets.js
Sumber:Majlis Keselamatan Negara
The post Sukan Tidak Melibatkan Sentuhan Dibenarkan Dengan Syarat Penjarakkan Sosial appeared first on Siakap Keli.
No comments: