Ads Top

Situasi Cemas Penumpang Feri Terjun Laut Selepas Dapat Tahu Ada Yang Mungkin Dijangkiti Covid-19

Suasana panik menyelubungi sebuah feri yang sedang bersiap sedia untuk berlabuh di Maumere, Indonesia. Insiden itu berlaku kerana ada dakwaan yang mengatakan bahawa terdapat pembawa virus COVID-19 di atas kapat tersebut.

Ianya dibuktikan melalui video yang ditunjukkan melalui Daily Mail apabila penumpang di atas feri tersebut mengambil tindakan drastik dengan terjun ke dalam laut. Hal itu berlaku ketika orang ramai sedang dalam persiapan untuk turun daripada feri yang dinamakan Lambelu itu.

Gambar: Daily Mail

Kelihatan ada penumpang yang berenang terus ke darat selepas pihak berkuasa cuba menghalang kapal tersebut daripada menurunkan penumpang. Ianya disebabkan kebimbangan terhadap kes-kes koronavirus yang disyaki, serta peningkatan kes virus tersebut di seluruh Indonesia.

Gambar: Daily Mail

Feri yang dalam perjalanan melalui Borneo Indonesia dan Kepulauan Sulawesi itu dihalang ketika cuba membuat pelabuhan di Maumere di timur pulau Flores. Kapal tersebut dihalang selepas kebimbangan terhadap tiga kru yang dikatakan dijangkiti oleh virus COVID-19.

Gambar: Daily Mail

“Kami meminta para penumpang untuk bekerjasama dengan protokol kesihatan sebelum turun dari kapal dan menjauhkan diri dari sebarang tindakan yang boleh membahayakan,” kata Wisnu Handoko, seorang pegawai di Kementerian Pengangkutan, dalam satu kenyataan.

Feri Lambelu tersebut membawa 255 penumpang, kebanyakannya pekerja asing yang pulang dari Malaysia selepas kerajaan Malaysia melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Sebagai tanda kebimbangan yang semakin meningkat mengenai penyebaran coronavirus, penduduk di Maumere berkumpul di pelabuhan untuk membantah ketibaan kapal tersebut pada hari Selasa.

Sehingga Rabu, Indonesia telah mencatatkan 2,956 kes coronavirus dan 240 kematian, dengan kebanyakan kes dari Jakarta walaupun jumlahnya semakin meningkat di wilayah lain.

Terdapat kebimbangan di bahagian yang kurang maju di negara ini, termasuk Flores di mana tidak ada kes yang disahkan. Namun, orang yang melakukan perjalanan dari bandar-bandar lain berkemungkinan dapat menyebarkan virus itu ke kawasan di mana fasiliti kesihatannya tidak mempunyai kemudahan yang lengkap.

Source: Daily Mail

The post Situasi Cemas Penumpang Feri Terjun Laut Selepas Dapat Tahu Ada Yang Mungkin Dijangkiti Covid-19 appeared first on Siakap Keli.




No comments:

Powered by Blogger.