Ads Top

(Video) Pakar Tunjuk Video Simulasi Mudah Faham Bagaimana Titisan Batuk Merebak Pada Rak Pasaraya

Para saintis telah mencipta satu video yang menunjukkan bagaimana wabak Covid-19 ini boleh merebak melalui ‘droplet’ di antara dua rak barangan di pasar raya.

Pakar daripada Universiti Aalto di Finlad telah memberi amaran melalui penghasilan video animasi ini supaya orang ramai lebih berhati-hati.

Menurutnya, “Seseorang yang dijangkiti Covid-19 akan batuk dan berlalu pergi tetapi mereka akan meninggalkan partikel yang membawa wabak itu. Partikel ini boleh menjangkiti sistem pernafasan orang lain,” kata Pembantu Universiti Aalto, Profesor Ville Vuorinen.

“Hasil batuk itu akan menghasilkan aerosol terbang ke udara. Ia mengambil beberapa minit di ruangan udara sebelum merebak.”

Dalam pada itu, Institut Kesihatan dan Kebajikan Finland mencadankan agar orang ramai kekal di rumah jika tidak sihat dan mengekalkan jarak fizikal dengan semua orang.

Arahan juga termasuk batuk didalam lengan baju atau dalam tisu dan sentiasa menjaga kebersihan tangan serta badan.

Sumber: Dailymail

The post (Video) Pakar Tunjuk Video Simulasi Mudah Faham Bagaimana Titisan Batuk Merebak Pada Rak Pasaraya appeared first on Siakap Keli.




No comments:

Powered by Blogger.