Ads Top

Pergerakan Pekerja Hanya Terhad Dari Rumah Ke Premis Sahaja – MITI

Syarikat-syarikat yang dibenarkan beroperasi sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) perlu memastikan pergerakan pekerja mereka hanya terhad dari rumah ke kilang atau premis sahaja.

Perkara tersebut diumumkan oleh Menteri Kanan Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI), Datuk Seri Mohamed Azmin Ali, dalam sidang media sebentar tadi.

Selain itu, syarikat hendaklah menyediakan alat saringan suhu budan atau thermal scanner serta melakukan saringan gejala batuk, sakit tekak atau sesak nafas kepada setiap pekerja.

Kemudian, bacaan bagi setiap pekerja hendaklah direkod dan disimpan oleh majikan untuk tempoh sekurang-kurangnya tiga bulan sebagai rujukan.

MITI pada hari ini turut mewajibkan supaya setiap syarikat yang dibenarkan beroperasi untuk mengemukakan senarai pekerja yang terlibat sepanjang tempoh PKP.

Manakala, pekerja syarikat yang dibenarkan beroperasi turut diwajibkan menjalani saringan Covid-19 di lebih 3,000 panel klinik kesihatan PERKESO di seluruh negara.

Baca: Pekerja Syarikat Yang Dibenar Beroperasi Waktu PKP, Wajib Jalani Saringan Covid-19 – MITI

Kegagalan syarikat mematuhi peraturan dan SOP yang ditetapkan, akan menyebabkan kebenaran beroperasi dibatalkan serta-merta dan berhadapan dengan tindakan udnnag-undang mengikut Akta semasa.

Sumber: Sidang Media MITI, Bernama TV

The post Pergerakan Pekerja Hanya Terhad Dari Rumah Ke Premis Sahaja – MITI appeared first on Siakap Keli.




No comments:

Powered by Blogger.