Kadar Zakat Fitrah Lebih Rendah Tahun Ini Di Wilayah Persekutuan
Hari ini pihak Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) telah mengeluarkan kenyataan rasmi bahawa dua kadar zakat fitrah telah diputuskan bagi tahun ini (2020) iaitu sebanyak RM5 dan RM7 di Wilayah Persekutuan.
Keputusan ini diambil setelah mengambil kira cabaran semasa yang dilalui oleh umat Islam ekoran penularan COVID-19 yang menyebabkan punca pendapatan terjejas. Ia juga dapat meringankan beban umat Islam yang kurang berkemampuan bagi menunaikan kewajipan tersebut.
Oleh itu, umat Islam di Wilayah Persekutuan boleh memilih untuk membayar antara dua kadar tersebut berdasarkan kemampuan masing-masing. Manakala kadar zakat fitrah di negeri-negeri lain adalah bergantung kepada keputusan pihak berkuasa agama negeri.
Kaedah pembayaran zakat fitrah pula boleh dipelbagaikan mengikut kesesuaian dengan mengambil kira Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).
No comments: