Ads Top

Kita Dapat Kawal Wabak Covid-19 Jika Trend Penurunan Berterusan Dalam Tempoh 2 Minggu Akan Datang- PM

Perdana Menteri Malaysia melalui ucapannya sebentar tadi memaklumkan sebanyak 118 kes positif Covid-19 baharu dilaporkan hari ini. Bagi kes pulih pula ialah sebanyak 220 orang.

Perkara tersebut dimumkan sendiri oleh Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin menerusi sidang media Perutusan Khas sebentar tadi.

 Syukur Alhamdulillah. Hari ini sahaja, jumlah pesakit yang pulih ialah seramai 220 orang melebihi jumlah kes positif baharu iaitu sebanyak 118 kes,” katanya.

Tambahnya lagi, sekiranya trend penurunan kes positif berterusan dalam tempoh dua minggu akan datang, wabak Covid-19 ini dapat dikawal daripada penularannya.

Jumlah kes positif baru telah menunjukkan penurunan sejak beberapa hari yang lalu. Jika trend penurunan ini berterusan untuk tempoh dua minggu yang akan datang, Insya Allah kita dapat mengawal wabak Covid-19 ini daripada menular.

Dalam video Perutusan Khas berikut, beliau menyebutnya pada minit ke 11.57.

Sumber: Sidang Media Perutusan Khas Perdana Menteri

The post Kita Dapat Kawal Wabak Covid-19 Jika Trend Penurunan Berterusan Dalam Tempoh 2 Minggu Akan Datang- PM appeared first on Siakap Keli.




No comments:

Powered by Blogger.