Ads Top

Kita Akan Menjalani Kehidupan Yang Dipanggil “New Normal” – PM

Seluruh dunia sedang berdepan dengan gejala jangkitan wabak Covid-19 ini. Jadi, pada persidangan media pada hari ini, Perdana Menteri ada mengesyorkan amalan kebiasaan baru yang bakal mengubah kehidupan harian rakyat Malaysia 100 peratus berbeza.

Kata beliau, kita akan menjalani kehidupan kebiasaan baru atau ‘New Normal’ dalam tingkah laku harian. Apa yang dimaksudkan dengan menjalani kehidupan kebiasaaan baru itu? (Rujuk minit ke 13:20)

Apa yang biasa kita buat dahulu, sudah tidak boleh kita buat sekarang.  Contohnya mudah, berjabat tangan ataupun bersalam. Kalau dahulu kita bersalam ketika berjumpa adalah satu perkara biasa yang kita lakukan. 

Kalau tidak dibuat ianya akan berasa janggal atau tak beradap tetapi sekarang ini lain…

Kita tidak berjabat tangan bila berjumpa untuk mengelakkan daripada jangkitan virus. Mungkin kita perlu tunduk seperti orang Jepun sebagai tanda hormat. Inilah dikatakan sebagai ‘The New Normal’.

Seperti juga perkara yang kita tak pernah buat iaitu basuh tangan. Sekarang dan untuk masa yang akan datang membasuh tangan dengan lebih kerap lagi menggunakan sabun atau sanitizer. Juga memakai facemask, banyak lagi contoh yang saya tidak perlu beritahu.

Saya rasa tuan dan puan-puan lebih faham dengan perkara ini untuk menjalani kehidupan harian dalam tempoh yang mendatang. 

The post Kita Akan Menjalani Kehidupan Yang Dipanggil “New Normal” – PM appeared first on Siakap Keli.




No comments:

Powered by Blogger.