Ads Top

Sektor Ekonomi Terpilih Sahaja Akan Dibuka Secara Berperingkat – PM

Kerajaan bersetuju untuk membuka semula beberapa sektor ekonomi yang terpilih secara berperingkat sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) berkuatkuasa. (Rujuk video minit 14:23)

Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, namun ianya perlu mengikut garis panduan penjagaan kesihatan dan kawalan pergerakan yang ketat.

”Saya faham bahawa ekonomi negara kita terjejas kerana sekatan-sekatan yang dibuat terhadap aktiviti perusahaan, perkilangan dan peniagaan sepanjang tempoh PKP berkuatkuasa.

”Untuk itu kerajaan bersetuju supaya beberapa sektor ekonomi yang terpilih sahaja akan dibuka semula secara berperingkat-peringkat dengan garis panduan penjagaan kesihatan dan kawalan pergerakan yang ketat,” kata beliau.

Sehubungan itu, kerajaan akan menubuhkan sebuah jawatankuasa khas kabinet bagi meneliti senarai sektor-sektor ekonomi yang terpilih.

Namun begitu, tegas Muhyiddin, pembukaan beberapa sektor ini bukan membawa maksud PKP dilonggarkan dan semua pihak mesti mematuhi peraturan yang ditetapkan.

”Sebuah jawatankuasa khas kabinet yang dipengerusikan bersama oleh Menteri Kanan Perdagangan Antarabangsa dan Industri dan Menteri Kanan Pertahanan diwujudkan untuk meneliti senarai sektor-sektor ekonomi yang terpilih untuk dibuka secara berperingkat.

”Saya ingin tegaskan bahawa pembukaan beberapa sektor yang terhad ini bukan bermaksud kita melonggarkan Perintah Kawalan Pergerakan.

”Perintah ini masih berkuatkuasa dan semua arahan yang dikeluarkan oleh pihak berkuasa mestilah dipatuhi.” kata beliau.

Mana-mana pihak termasuk pengusaha, kilang atau syarikat yang melanggar peraturan, kerajaan akan menarik balik kebenaran yang diberikan.

Senarai sektor ini akan diumumkan oleh kerajaan dalam masa terdekat.

Sumber: Sidang Media Perutusan Khas PM

The post Sektor Ekonomi Terpilih Sahaja Akan Dibuka Secara Berperingkat – PM appeared first on Siakap Keli.




No comments:

Powered by Blogger.