Ads Top

‘Doa Wira Negara’ Berkumandang Dendangan “Frontliners” & Adik-Adik Pusat Kuarantin Buat Hati Tersentuh

Ketika negara berdepan dengan pandemik COVID-19, rakyat Malaysia diseru untuk tinggal di rumah bagi memutuskan rantaian jangkitan.

Begitupun, ramai daripada kita sudah sedia maklum bahawa ada juga yang mempertauhkan nyawa meletakkan diri di barisan hadapan bagi memastikan Perintah Kawalan Pergerakan yang dilaksana kerajaan dipatuhi oleh semua masyarakat.

Polis, tentera, staf kesihatan, RELA dan banyak lagi pihak setiap hari bertugas menjadi ‘frontliners’ demi memastikan tanah air tercinta segera bebas dari virus ini.

Demi menghargai tugas-tugas dan bakti semua wira-wira negara, baru-baru ini tular di facebook lagi ‘Doa Wira Negara’ dendangan frontliners dan sebahagian adik-adik yang dikuarantin di Pusat Kuarantin Kuala Lumpur yang amat menyentuh hati semua pihak.

Tonton video dibawah yang dimuat naik oleh Saudari Deafarra Farhana.

Antara komen-komen yang ditinggalkan netizen di perkongsian berkenaan memberitahu hati mereka sangat tersentuh dengan lagu berkenaan.

Malah, ada juga komen-komen netizen yang mengaku bertugas sebagai fontliners mengucapkan terima kasih di atas perhargaan berkenaan.

Sumber: Deafarra Farhana

The post ‘Doa Wira Negara’ Berkumandang Dendangan “Frontliners” & Adik-Adik Pusat Kuarantin Buat Hati Tersentuh appeared first on Siakap Keli.




No comments:

Powered by Blogger.