Ads Top

(Video)Dua Jam Satu Malam ‘Kaut’ RM16,000, Lelaki Kongsi Teknik Agresif Tambah ‘Income’

Bagi mencapai sesuatu kejayaan, pelbagai usaha dan langkah bijak perlu dilakukan bagi memastikan ‘berita gembira’ memihak kepada diri sendiri. Melihat kepada dunia pada hari ini, pelbagai kejayaan sudah diraih tidak kiralah dari sudut individu mahupun berkumpulan. Pun begitu, jangan dilupa bahawa setiap kejayaan yang diperolehi pastinya turut didatangkan dengan pelbagai masalah dan kerugian.

Pelbagai cara boleh dilakukan untuk mencapai kejayaan. Namun, apa yang lebih penting adalah untuk memastikan terlebih dahulu kemahiran dalam bidang tertentu. Bukan apa, sekiranya seseorang itu belum mahir dalam sesuatu bidang, bagaimana hendak bertindak secara ‘agresif’ bagi memperolehi kejayaan.

Begitulah situasi yang sesuai digambarkan kepada seorang lelaki yang menggunakan cara agresif bak ‘gangster’ dalam usahanya mencapai kejayaan. Lebih mesra dikenali Zihan, beliau telah mengaut keuntungan ribuan ringgit tidak sampai dalam tempoh dua jam. ‘Result’ yang mengagumkan itu sudah pastinya tidak disangka-sangka oleh ramai orang. Apa tidaknya, dalam tempoh dua jam dah cecah belasan ribu?

Zihan yang merupakan salah seorang peserta Seminar Menang Saham yang dikendalikan oleh DDNK dapat dijadikan sebagai contoh bagi peserta-peserta yang lain. Pun begitu, bagi yang baru sahaja menceburi bidang ini adalah dinasihatkan untuk tidak mengikuti cara ‘gangster’ yang dipratikkan oleh Zihan. Nama Zihan melonjak naik dalam bidang tersebut apabila dia berjaya memperolehi keuntungan sekitar RM16,000 dalam satu malam bagi tempoh dua jam sahaja.

Menurutnya, keuntungan yang diperolehi itu adalah berikutan menggunakan tunjuk ajar yang diberikan oleh DDNK. Zihan yang dilatih dalam ‘Guerilla Saham’ dikendalikan oleh DDNK sememangnya seorang yang berani dalam bidang ini. Disebabkan itu juga, DDNK turut menasihati supaya golongan yang baru menceburkan bidang ini tidak mencontohi Zihan kerana ianya berisiko tinggi. Namun, adalah sebaiknya untuk dijadikan kejayaan Zihan sebagai daya penolak untuk lebih bergiat aktif dalam dunia saham.

Walaupun berjaya mengaut keuntungan dalam tempoh terdekat, namun Zihan tidak terlepas daripada kerugian yang dialami. Pun begitu, dia yakin bahawa kerugian boleh diatasi dan diminimakan supaya tidak menjejaskan keuntungan yang diperolehi.

Dalam perkongsian yang lain pula, Zihan ada menangkis tanggapan orang ramai yang mendakwa bahawa perlu mempunyai beribu-ribu ringgit untuk memasuki dalam bidang saham. Selain itu, dia juga turut berkongsikan ‘step’ yang dilakukan sebelum melakukan sebarang ‘trade’.

Menurut Zihan, pembelajaran yang diajarkan oleh DDNK sememangnya lebih istimewa dan juga lebih ‘advance’. Apa tidaknya, dengan gaya bersahaja dan santai, DDNK memberikan pelbagai tips dan nasihat bagi peserta-peserta yang menyertai seminar yang dianjurkan. Tambahan lagi, DDNK juga sering meyakinkan peserta untuk menjadi lebih berani dalam bidang ini. Perkara tersebut sememangnya tidak dapat dinafikan kerana sudah ramai peserta yang berjaya dalam bidang saham setelah mengikuti seminar yang dikendalikan oleh DDNK.

Berbekalkan pengalaman sekurang-kurangnya 23 tahun, DDNK telah banyak memberikan ‘teaching’ dan ‘mentoring’ sehingga dapat mewujudkan ‘students’ yang memperolehi keuntungan yang banyak. Kini, DDNK menyandang jawatan Pengurus Wang Bertauliah Inter-Pasific Asset Management Sdn. Bhd. (IPAM) yang dilantik sendiri oleh Tan Sri Dato’ Seri Vincent Tan iaitu antara 10 individu terkaya di Malaysia. DDNK juga merupakan pengurus wang bertauliah yang berlesen di Suruhanjaya Sekuriti Malaysia dalam pasaran saham global.

Seminar Menang Saham yang dikendalikan oleh DDNK bukan sekadar seminar biasa, malah ianya menjadi tempat rujukan bagi para trader untuk mendapatkan info-info terbaru. ‘Result’ daripada setiap seminar terbukti membuahkan hasil apabila setiap pengajuran seminar sentiasa penuh dan ‘full house’. Sememangnya tidak perlu dinafikan lagi dengan kepakaran DDNK apabila beliau bukan sahaja dirujuk oleh pelabur-pelabur tempatan, malah turut melibatkan pelabur dari luar negara. 

Kejayaan Zihan yang memperolehi belasan ringgit dalam satu malam telah menjadi bukti bahawa tunjuk ajar yang diberikan oleh DDNK sangatlah berkesan. Sedangkan Zihan telah dapat menikmati keuntungan tersebut, tak kan kita nak tengok je ?

Jangan risau kerana Seminar Menang Saham yang dianjurkan semakin menghampiri iaitu pada 21 Mac ini. Pun begitu, berikutan penularan wabak COVID-19, seminar tersebut akan dijalankan secara dalam talian. Perkara ini bagi memastikan keselamatan dan kesihatan semua peserta terjamin. Sesi seminar secara dalam talian dilakukan menerusi Facebook Group DDNK CLUB – Kuasai Saham, Juarai Pasaran, Jaguhi Wang.

Peluang sudah terhidang dan tiada lagi alasan yang boleh diberikan sekiranya benar-benar ingin berjaya.

Layari pautan Seminar Menang Saham ini untuk mendapatkan tiket bagi memulakan kejayaan anda.

Bagi mengetahui dengan lebih lanjut mengenai saham dan juga DDNK, anda boleh layari Facebook dan laman web Menang Saham.

The post (Video)Dua Jam Satu Malam ‘Kaut’ RM16,000, Lelaki Kongsi Teknik Agresif Tambah ‘Income’ appeared first on Siakap Keli.




No comments:

Powered by Blogger.