Ads Top

Ini Adalah Tatacara Majlis Akad Nikah Di Wilayah Persekutuan Sepanjang Tempoh Perintah Kawalan Pergerakan

Kerajaan telah pun mengumumkan Perintah Sekatan Pergerakan di Malaysia, berkuat-kuasa mulai 18 Mac 2020 ini sehingga 31 Mac 2020 kelak. Ini adalah salah satu langkah yang diambil dalam mengekang dan mengurangkan penularan wabak Covid-19 yang memperlihatkan peningkatan mendadak akhir-akhir ini.

Selari dengannya juga, beberapa badan dan agensi kerajaan telah mengumumkan langkah dan panduan tambahan untuk menghadapi Perintah Kawalan Pergerakan ini.

Salah satunya adalah daripada pihak Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) yang telah pun mengeluarkan tatacara majlis akad nikah di Wilayah Persekutuan sepanjang tempoh berkenaan.

Melalui apa yang dikeluarkan pihak JAWI, Majlis Akad Nikah perlukah dilangsungkan dengan syarat-syarat berikut:
1. Dilangsungkan di rumah persendirian.
2. Kehadiran ke Majlis Akad Nikah adalah terhad kepada:
– Jurunikah
– Pengantin Lelaki
– Pengantin Perempuan
– Wali
– Dua orang saksi
– Empat orang ahli keluarga pengantin lelaki
– Empat orang ahli keluarga pengantin perempuan
3. Perjalanan majlis akad nikah tidak melebihi 30 minit
4. Menyediakan hand sanitizer di majlis akad nikah
5. Mengambil langkah-langkah pencegahan lain yang telah ditetapkan KKM.




No comments:

Powered by Blogger.