(Video) Suspek Ditahan Hina Agong Sebenarnya Sakit Mental- KPN
Kuala Lumpur, 2 Mac – Ketua Polis Negara, Tan Sri Dato’ Seri Abdul Hamid Bador mengesahkan salah seorang individu yang menghina Yang Dipertuan Agong (YDPA) baru-baru ini memiliki rekod sakit mental.
Beliau berkata demikian dalam satu sidang media bersama Panglima Angkatan Tentera Malaysia di Bukit Aman, pagi ini.
“Ada satu kes ni di mana suspek yang kita telah tangkap ini sebenarnya tidak sihat dari segi psikologi. Ada rekod,” kata beliau.
Individu berkenaan sebelum ini telah menimbulkan kemarahan orang ramai setelah satu kemas kini dimuat naiknya dipercayai mengandungi kata-kata berbentuk perhinaan terhadap (YDPA).
Tindakan lelaki tersebut dipercayai kerana rasa tidak puas hati dengan keputusan diambil YDPA dalam menyelesaikan kemelut politik yang berlaku sejak minggu lepas.
Pengesahan Ketua Polis Negara mengenai kesihatan suspek. Video : FB PDRM pic.twitter.com/gBV6KT4k2o
— Mohd Redzuan Abdul Manap (@redzuanNewsMPB) March 2, 2020
Sumber: PDRM
The post (Video) Suspek Ditahan Hina Agong Sebenarnya Sakit Mental- KPN appeared first on Siakap Keli.
No comments: