Ads Top

(Video) Penduduk Kongsi ‘Kemusnahan’ Di Sukabumi Lepas Gempa Bumi ‘Goncang’ Indonesia

Agensi Pengurusan Bencana Kebangsaan (BNPB) berkongsi video detik-detik selepas gempa bumi magnitud 4.9 menggoncang Sukabumi, Jawa Barat pada Selasa semalam.

Berdasarkan rekod BMKG, gempa bumi itu berlaku pada pukul 5.18 petang waktu Indonesia Barat dengan pusat gempa berada di darat, 13 km timur laut Sukabumi dengan kedalaman 10km.

Dalam video amatur itu, individu yang merakam video dilihat berada di dalam kereta. Debu kelihatan masih bertebaran akibat keruntuhan bangunan kerana gempa bumi tersebut.

Bangunan-banguna di sekitar kawasan itu juga kelihatannya rosak dengan sangat teruk.

Agensi Pengelolaan Bencana Daerah (BPBD) Sukabumi melaporkan bahawa sekurang-kurangnya tiga penduduk mengalami kecederaan ringan setelah berlakunya gempa berkekuatan 4.9 di Sukabumi.

Dalam satu kenyataan bertulis yang diterima oleh Tribunnews.com, Ketua Pusat Maklumat  dan Komunikasi Data Bencana BNPB, Agus Wibowo berkata tiga penduduk itu adalah dua orang lelaki dan seorang perempuan yang tinggal di Kalapa Nunggal, Sukabumi.

Selain itu, BPBD Kabupaten Sukabumi juga melaporkan bahawa gempa tersebut menyebabkan 1 unit rumah rosak di Kecamatan Kalapanunggal, 2 unit rumah rosak di Kecamatan Parakansalak, 1 unit rumah rosak di Kecamatan Kabandungan dan 1 unit rumah rosak di Kecamatan Cidahu.

https://platform.twitter.com/widgets.js

 

Sumber: Tribunnews.com

The post (Video) Penduduk Kongsi ‘Kemusnahan’ Di Sukabumi Lepas Gempa Bumi ‘Goncang’ Indonesia appeared first on Siakap Keli.




No comments:

Powered by Blogger.