(Video) Degil Tak Dengar Arahan, Penduduk Hanya Beredar Bila Polis Turun Kereta

Perintah Kawalan Pergerakan berkuatkuasa sejak semalam hingga 31 Mac ini adalah untuk menghentikan rantaian jangkitan COVID-19.
Hal ini kerana virus itu mempunyai tempoh inkubasi selama 14 hari. Justeru, orang ramai diseru untuk duduk di rumah dan menghindari tempat awam bagi menghentikan rantaian jangkitan buat sementara ini.
Walaubagaimanapun, dalam ramai-ramai rakyat yang bijak dan patuh arahan, masih ada segelintir penduduk yang memekakkan telinga dengan berhimpun di tempat awam.
Dalam video dikongsikan Info Roadblock JPJ/Polis, sekumpulan individu dilihat masih memenuhi padang permainan dan beriadah tanpa menghiraukan arahan pihak berkuasa.
Biarpun setelah kedatangan pihak polis yang mengarahkan mereka bersurai, kebanyakan mereka tetap di posisi masing-masing.
Mereka hanya beredar setelah pegawai berkenaan turun dari kenderaan.
Hal ini sudah tentu menyebabkan kemarahan ramai netizen.
Kalau arahan polis tak boleh nak patuh, harap kerajaan serahkan pada tentera
Masa polis dalam kereta bagi amaran duduk je situ mencabar
Mereka tak ambil serius COVID-19 sampailah terlambat
Jalan bising macam hari biasa, rasa yang bawa kenderaan tu bukan manusia kot
Bila dah kena jangkitan, jangan salahkan doktor, pergi tempat permainan untuk sembuhkan
Dah bagi cuti panjang pun susah nak faham bahasa
Suruh semua orang tu jadi jururawat bantuan khas pesakit
Ada juga yang memberi nasihat dalam lukisan sarkastik.

Sumber: Info Roadblock JPJ/Polis
The post (Video) Degil Tak Dengar Arahan, Penduduk Hanya Beredar Bila Polis Turun Kereta appeared first on Siakap Keli.
No comments: