Ads Top

(Video) Covid-19: Ada Yang Sembunyikan Sejarah Perjalanan, Sehingga Menjadi Terlalu Lambat- Hishamuddin

Putrajaya, 13 Mac – Menteri Luar Negeri, Dato’ Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata ada antara pesakit COVID-19 yang menyembunyikan sejarah perjalanan mereka.

Dalam satu sidang media Wisma Putra hari ini, beliau berkata kedutaan sentiasa bersedia untuk membantu rakyat Malaysia yang berada di luar negara dengan kerjasama dua hala dengan mereka.

“Rakyat Malaysia perlu bertanggungjawab untuk memberi maklum kedutaan kami tentang keberadaan mereka dan jujur tentang di mana mereka telah pergi.

“Ini yang menjadi masalahnya, kadang-kadang mereka tidak memberitahu dan menyembunyikan perjalanan mereka sehingga terlalu lambat,” katanya.

Tambah beliau, Wisma Putra turut menjalankan kerjasama bilateral dengan beberapa negara luar untuk memantau rakyat Malaysia yang berada di luar negara.

Seramai 380 sahaja rakyat Malaysia di Itali yang berdaftar dengan Wisma Putra berbanding 14,929 di China dam 23,179 di Amerika Syarikat.

Beliau menegaskan rakyat Malaysia di luar negara untuk segera berdaftar kepada kementerian.

Sumber: Bernama TV

The post (Video) Covid-19: Ada Yang Sembunyikan Sejarah Perjalanan, Sehingga Menjadi Terlalu Lambat- Hishamuddin appeared first on Siakap Keli.




No comments:

Powered by Blogger.