Ads Top

Tidak Ada Puasa Khusus Pada 27 Rejab Sempena Israk Mikraj

Menjelang sahaja sambutan Israk Mikraj yang dikatakan berlaku pada tanggal 27 Rejab, maka akan bertalulah peringatan yang tiba di group-group whatsapp serta media sosial tentang anjuran berpuasa pada 27 Rejab.

Antara fadilat yang dikatakan tersedia ialah ganjaran pahala seperti berpuasa enam puluh bulan dan jika disertai sedekah akan diganjari lagi dengan puasa seribu tahun kerana kebesaran hari Israk Mikraj.

Namun apabila diteliti semula perkara ini, kami mendapati bahawa tidak ada puasa khusus yang disebutkan sempena peristiwa Israk Mikraj.

Yang ada terakam dalam hadis-hadis sahih hanyalah puasa pada hari Arafah, puasa pada hari Asyura dan Tasu’a, puasa pada hari Isnin dan Khamis, puasa tiga hari pada setiap bulan, dan juga puasa selama enam hari pada bulan Syawal.

Menurut pihak Mufti Wilayah Persekutuan, puasa pada 27 Rejab tidak termasuk dalam puasa-puasa sunat yang dituntut kecuali jika ia berlaku pada hari Isnin dan Khamis. Tambahan pula, bahawa penentuan tarikh Israk Mikraj juga menjadi khilaf di kalangan ulama’ tarikh (sejarah). Wallahua’lam.

Rujukan:
Mufti Wilayah Persekutuan




No comments:

Powered by Blogger.