Ads Top

MukaRakat Kumpulan Hip Hop Indonesia Teroka Industri Seni Tempatan

Dikenali sebagai kumpulan hip hop yang menggabungkan budaya dan tradisi Indonesia, kumpulan MukaRakat ingin meneruskan impian untuk meletakkan nama negara mereka di mata dunia.

Ditubuhkan pada tahun 2017, MukaRakat dianggotai Lipooz, DirtyRazkal, D’Flow, I’m Rapholic dan DJ GeraMar.

Tiga tahun menceburkan diri dalam bidang muzik, MukaRakat telah tampil dengan sembilan buah single yang menjadi siulan peminat setia mereka.

Akhir tahun lalu, MukaRakat telah mengesahkan mereka kini berada di bawah rekod label, Def Jam Records SEA di bawah naungan Universal Music Indonesia.

“Sumber ilham kami adalah Tuhan Yang Mahu Kuasa dan semua kumpulan hip hop yang ada di Indonesia semakin bercambah dan kami bersatu serta sering mengadakan persembahan indie.

“Di Indonesia, dangdut dan rock saling berganding manakala hip hop sedang merintis jalan untuk berada seiringan dengan kedua-duanya.

“MukaRakat mempertaruhkan lagu etnik dan sehingga kini, sambutannya baik-baik sahaja. Semua pemuzik di sana saling menghormati dan menyokong,” kata MukaRakat. – KopiPlanet.com

No comments:

Powered by Blogger.