Ads Top

Hukum Duduk Istirahah Selepas Bangun Daripada Sujud

Jika anda pernah memerhati orang solat, maka pasti anda biasa melihat sebahagian yang duduk sebentar selepas bangkit daripada sujud (sebelum berdiri). Ada pula yang memilih untuk terus bangun berdiri selepas bangkit sujud, tanpa duduk sebentar terlebih dahulu.

Ia dipanggil duduk istirahah. Ia adalah duduk sebentar setelah bangun daripada sujud, sebelum bangun untuk berdiri semula.

Cara duduk istirahah adalah seperti duduk ketika tahiyyat awal (duduk iftirasy) atau duduk antara dua sujud.

Hukum Duduk Iftirasyi

1. Pendapat Pertama (Daripada Abu Ishaq Al-Maruzi)

Jika seseorang itu sakit atau dalam keadaan lemah, maka disunatkan untuk duduk istirahah sebelum bangun.

2. Pendapat Kedua (Daripada Imam Haromain dan Imam Al-Ghazali)

Menurut Imam Ghazali dan juga ulama Mazhab Syafie juga sependapat bahawa diunatkan bagi setiap orang untuk melakukan duduk istirahah sebelum bangun.

Kita mengetahui bahawa Nabi SAW juga mengamalkan duduk istirahah ini bersandarkan dalil di bawah.

Berdasarkan hadis Malik bin Al-Huwairits:

أنه رأى النبي صلى الله عليه و سلم يصلي فإذا كان في وتر من صلاته لم ينهض حتى يستوي قاعدا

“Bahawasanya beliau melihat Nabi SAW solat, apabila beliau selesai dari rakaat ganjil (satu dan tiga) maka beliau tidak bangkit sampai duduk dengan tenang” (HR. Al-Bukhari)

Pendapat kedua inilah yang lebih lebih kuat dan diamalkan oleh para sahabat dan mereka yang datang kemudian. Namun, jika ditinggalkan, ia tidak mengapa. Wallahua’lam.




No comments:

Powered by Blogger.