Lepas Belanja KFC, Ebit Lew Belanja ‘Aircond’ Untuk Staf Hospital Shah Alam Dan Ampang

Pendakwah bebas, Ebit Lew, sememangnya dikenali dengan dakwahnya yang lemah-lembut dan sifat pemurah kepada golongan yang memerlukan.
Terbaharu, Ebit Lew menghulurkan sumbangan berupa alat penghawa dingin mudah alih kepada staf di Hospital Shah Alam dan Ampang.
Menerusi video yang dimuat naik, beliau dilihat menyerahkan sendiri penghawa dingin kepada staf kesihatan kerana tidak sanggup melihat mereka kepananasan dalam menangani wabak Covid-19.
Ya Allah, melihat mereka berpanas dengan baju begitu..
Ya, Allah terimalah sedikit usaha ini..
Moga Allah memberikan ganjaran pahala kepada Ustaz Ebit Lew dan semua mereka yang menghulurkan bantuan. Amin!
Sumber: Ebit Lew
The post Lepas Belanja KFC, Ebit Lew Belanja ‘Aircond’ Untuk Staf Hospital Shah Alam Dan Ampang appeared first on Siakap Keli.
No comments: