Ads Top

Isu Kenyataan Bantuan Anak Seni, Tomok Tampil Permohonan Maaf

Setelah beberapa hari timbul perbalahan antara netizen dan segelintir artis berhubung bantuan kepada anak seni yang terkesan kerana Covid-19, penyanyi Tomok akhirnya tampil membuah permohanan maaf.

Dalam satu kenyataan yang dibuat di laman Instagram miliknya, penyanyi berkenaan menyatakan dia enggan menjadikan keadaan semakin buruk.

“Assalamualaikum semua… untuk tidak menjadikan keadaan semakin buruk saya ingin meminta maaf kepada semua rakyat malaysia. Maaf sekiranya statement saya di instagram tempoh hari ada menyakiti hati kalian.

“Saya juga manusia biasa yang tidak lari dari melakukan kesilapan..maafkan saya semua. Marilah kita sama-sama doakan semoga negara kita dan dunia bebas daripada Covid-19,” ujarnya.

Sebelum ini, Tomok antara artis yang menyatakan pandangan agar kerajaan tidak terlepas pandang untuk memberikan bantuan kepada anak-anak seni dan penggiat seni.

Bagaimanapun, pandangannya itu telah dikecam oleh segelintir netizen yang beranggapan artis sepertinya mempunyai pendapatan yang tinggi. – KopiPlanet.com

Kredit foto: Instagram Tomok

The post Isu Kenyataan Bantuan Anak Seni, Tomok Tampil Permohonan Maaf appeared first on KopiPlanet.com.




No comments:

Powered by Blogger.