Ads Top

Dr Hj Zulkifli Mohamad Al-Bakri Dilantik Sebagai Menteri Di JPM (Hal Ehwal Agama)

Kerajaan telah mengumumkan senarai kabinet baru pada petang ini. Antara yang menarik perhatian adalah lantikan Mufti Wilayah Persekutuan YB Dato’ Seri Dr. Hj Zulkifli Mohamad Al-Bakri sebagai Menteri di Jabatan Perdana Menteri bagi Hal Ehwal Agama Islam.

Rakyat Malaysia sedia maklum bahawa Dato’ Seri Dr Hj Zulkifli selama ini sudah banyak menyumbangkan tenaga serta buah fikiran dalam persoalan hal ehwal agama Islam. Justeru, pelantikan ini pasti menyenangkan banyak pihak.

Diharapkan dengan pelantikan ini, kita dapat melihat lebih banyak penambahbaikan dan pemerkasan dalam bidang agama Islam di Malaysia. Beliau akan dibantu oleh Timbalan Menteri Hal Ehwal Agama iaitu YB Ahmad Marzuki bin Shaary.




No comments:

Powered by Blogger.