Ads Top

Bulan & Pria Terhebat Henti Tayangan, Eye On The Ball Tunda

Susulan penutupan pawagam bermula pada 18 hingga 31 Mac ini, terdapat filem yang terpaksa menamatkan tayangan biarpun baru seminggu ditayangkan.

Filem Bulan & Pria Terhebat yang baru sahaja ditayangkan pada 12 Mac lalu hanya mampu menemui penonton selama enam hari sahaja.

“Mengambil kira langkah yang dikeluarkan pihak Kerajaan untuk melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan bermula 18 sehingga 31 Mac di seluruh negara. Kami ingin memaklumkan tayangan filem Bulan & Pria Terhebat di seluruh pawagam dihentikan.

“Kami harap rakyat Malaysia terus bertenang dan sentiasa mematuhi Perintah Kawalan Pergerakan ini demi keluarga, masyarakat dan negara. Stay safe,” ujar satu kenyataan yang dikeluarkan oleh Astro Shaw.

Sementara itu, tayangan sebuah lagi filem Astro Shaw iaitu Eye On The Ball yang sepatutnya ditayangkan pada 19 Mac terpaksa ditunda ke satu tarikh lain yang akan diumumkan kelak.

Eye On The Ball merupakan sebuah filem kisah benar penuh inspirasi mengenai sebuah pasukan bola sepak cacat penglihatan yang melalui pelbagai cabaran untuk mewakili negara dan beraksi di peringkat dunia. – KopiPlanet.com

The post Bulan & Pria Terhebat Henti Tayangan, Eye On The Ball Tunda appeared first on KopiPlanet.com.




No comments:

Powered by Blogger.