Ads Top

Bagaimana Pengurusan Jenazah Yang Meninggal Akibat COVID-19

Menurut kenyataan media oleh Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), sekiranya berlaku kematian akibat COVID-19, pengurusan jenazah hendaklah dilaksanakan mengikut keputusan Muzakarah Jawatankuasa Fatwa MKI kali ke-107 yang telah bersidang pada 10-11 Februari 2015.

Kelonggaran kepada jenazah orang Islam diberikan sekiranya ada kemungkinan wujud kemudaratan kepada nyawa manusia yang menguruskan jenazah. Ia boleh diuruskan melalui prosedur tayammum di atas permukaan beg jenazah atau pembalut plastik yang membalut jenazah tersebut.

Rukhsah ini diberikan bagi mengelakkan risiko yang boleh membawa maut kepada orang yang menguruskan jenazah melalui kontak secara langsung dengan air mandian yang telah dicemari dengan cairan badan daripada jenazah seperti darah, muntah, najis, air kencing dan sebagainya.

Terkini, jenazah mangsa wabak COVID-19 yang meninggal dunia di Hospital Sultanah Aminah semalam telah dikebumikan di tanah perkuburan Islam kira-kira pukul 9 malam tadi.

Orang ramai termasuk media tidak dibenarkan menghampiri van jenazah sebelum mengangkat jenazah yang siap dikafankan dan menggunakan pengusung hospital.

Menurut pihak pengurusan jenazah, ia telah dilakukan mengikut prosedur tayammum berdasarkan muzakarah berkaitan hukum pengurusan mayat pesakit ebola.

Sumber:
Kenyataan Media Menteri Di Jabatan Perdana Menteri




No comments:

Powered by Blogger.