Ads Top

(Video)Tiada Kerusi Dan Meja Disediakan, Peniaga Turuti Arahan Kerajaan Bendung Penularan Covid-19

Kerajaan telah mengambil keputusan untuk mengisytiharkan Perintah Kawalan Pergerakan bagi mengawal penularan wabak COVID-19 daripada menjadi lebih buruk.

Berikutan dengan langkah yang dilaksanakan itu, terdapat beberapa arahan yang perlu dituruti oleh rakyat Malaysia antaranya ialah, kedai makan dan restoran masih boleh beroperasi namun perlu menjual secara bungkus sahaja dan premis perniagaan serta orang ramai disarankan bekerja dari rumah (work from home) dalam usaha mencegah angka kes positif daripada bertambah.

Arahan yang berkuat kuasa pada hari ini (18/3/2020) telah disambut baik oleh pengusaha-pengusaha restoran dan kedai makan di beberapa kawasan antaranya ialah di Bandar Meru Raya, Ipoh.

Seperti yang dikongsikan oleh Twitter Bernama, langkah yang diambil oleh kerajaan itu pada hari ini dapat dilihat diterima oleh rakyat Malaysia apabila sebuah restoran yang menjual makanan kelihatan lengang tidak seperti kebiasaan.

Dalam perkongsian dari Bernama juga, dilihat sebuah premis makanan tidak menyediakan kerusi dan meja namun hanya menjual makanan untuk dibungkus sahaja.

Orang ramai juga tenang beratur untuk membeli makanan tanpa ada sebarang kekecohan berlaku. Jalan raya serta kompleks-kompleks pentadbiran kerajaan juga kelihatan kosong.

Dalam usaha mengawal penularan wabak ini, kita sebagai rakyat Malaysia dinasihatkan untuk menyokong serta mematuhi segala usaha yang dilakukan kerajaan. Jangan panik dan ambil tahu perkembangan semasa yang dikeluarkan oleh pihak Kementerian Kesihatan Malaysia. Semoga kita sentiasa dilindungi.

Sumber: Bernama

The post (Video)Tiada Kerusi Dan Meja Disediakan, Peniaga Turuti Arahan Kerajaan Bendung Penularan Covid-19 appeared first on Siakap Keli.




No comments:

Powered by Blogger.