(Video)Bacaan Menusuk Hati, Alunan Merdu Qari Muhammad Qayyim Raih Pujian Ramai

Tilawah Al-Quran Peringkat Kebangsaan 1441H/2020M melabuhkan tirai pada malam tadi dengan menobatkan Muhammad Qayyim Nizar Sarimi dan Puteri Kalimatul Azzua Hamid sebagai johan.
Lebih mengagumkan, Muhammad Qayyim yang berasal dari Kelantan merupakan Qari istimewa yang mempunyai masalah cacat penglihatan.
Walaupun keadaannya tidak sempurna namun Muhammad Qayyim dipuji oleh orang ramai kerana alunan suaranya semasa membaca Al-quran sangat merdu dan lunak.
Menerusi laman Facebook Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), sedutan video Muhammad Qayyim mendapat reaksi yang positif dalam kalangan netizen.
Muhammad Qayyim dan Puteri Kalimatul Azzua masing-masing membawa pulang RM15,000 serta tambahan RM10,000 untuk menunaikan haji, cenderahati dan sijil.
Sumber: JAKIM
The post (Video)Bacaan Menusuk Hati, Alunan Merdu Qari Muhammad Qayyim Raih Pujian Ramai appeared first on Siakap Keli.
No comments: