Ads Top

(Video) Pesakit Koronavirus Di Wuhan Dakwa Diberi Makan Daging Penyu, Yakin Boleh Sembuh

Isu pesakit yang dikuarantin di salah satu Hospital Khas Koronavirus di Wuhan disajikan dengan daging penyu untuk hidangan makan malam telah dibangkitkan.

Menurut salah seorang pesakit mendakwa mereka yakin sajian daging yang dihidang adalah penyu yang berasal dari negera tersebut. Daging penyu mempunyasi protein yang tinggi serta dapat membantu orang sakit sembut lebih cepat.

“Makan hari ini termasuklah daging penyu yang lembut,” kata slaah seorang pesakit di dalam video tersebut.

Daging penyu tersebut dimasak untuk dijadikan sup kerana ia lebih berkhasiat. Malah, mereka mendakwa, penyu yang mempunyai cengkerang yang lembut yang juga dikenali sebagai ‘jia yu’ dianggap sangat berkhasiat dalam perubatan Cina.

Orang Wuhan percaya bahawa penyu tersebut dapat membantu menyembuhkan pesakit dengan cepat.

Wartawan berita bebas China telah menerbitkan video yang telah diambil oleh beberapa pesakit di dlaam hospital Koronavirus itu.

Pesakit pertama seorang wanita berkata “saudara-saudara lihatlah, anda sedang berjuang di barisan depan dan kami sedang berjuang di barisan hadapan anda.”

Namun, dlaam video tersebut mwnunjukkan salah seorang pesakit di wad tersebut menunjukkan hidangan makan malam mereka yang terhidang dengan daging penyu yang sangat lembut.

Penyakit berjangkit ini telah membunuh lebih 600 orang dan ahli sains China mendakwa penyakit ini di bawa oleh kelawar dan ular terus menyebarkan virus tersebut kepada manusia. Wabak Koronavirus ini telah mengorban nyawa seramai lebih 600 orang di 28 negara yang terlibat. Namun begitu, 99% berlaku di China.

Wabak ini juga telah menyebabkan WHO mengistiharkan Public Health Emergency di seluruh dunia.

 

Sumber: Dailymail

The post (Video) Pesakit Koronavirus Di Wuhan Dakwa Diberi Makan Daging Penyu, Yakin Boleh Sembuh appeared first on Siakap Keli.




No comments:

Powered by Blogger.