Ads Top

Perlukah Menanggalkan Gigi Palsu Atau Pendakap Gigi Daripada Jenazah

Pendakap gigi atau ‘braces‘ digunakan bagi membetulkan kedudukan gigi yang tidak tersusun. Biasanya seseorang perlu memakainya dalam tempoh yang lama iaitu beberapa tahun sebelum dapat dicabut. Manakala ada yang memilih untuk memakai gigi palsu bagi menggantikan gigi asal yang rosak atau sudah dicabut.

Ia adalah perbuatan yang diharuskan dalam Islam.

Walau bagaimanapun, timbul persoalan – bagaimana jika seseorang itu meninggal dunia dalam keadaan masih memakai pendakap gigi atau gigi palsu. Adakah ianya perlu dicabut atau boleh dibiarkan sahaja? Bagaimana pula Islam memandang hal ini.

Pihak Mufti Wilayah Persekutuan mengeluarkan pendapat seperti di bawah:

1. Tidak mengapa untuk tidak ditanggalkan, jika pendakap gigi atau gigi palsu bukan diperbuat daripada emas.

2. Jika gigi palsu diperbuat daripada emas, maka terdapat dua pandangan:

Pertama, ia tidak perlu ditanggalkan kerana dianggap mencemarkan kehormatan si mati.

Kedua, lebih baik ditanggalkan jika proses menanggalkannya tidak memberikan kesan buruk kepada jenazah.

Hal ini kerana, ia dibimbangi termasuk dalam hal pembaziran harta seperti yang disebutkan dalam hadis ini.

Diriwayatkan oleh Al-Mughirah RA, beliau berkata bahawa Rasulullah SAW bersabda :

وَكَرِهَ لَكُمْ قِيلَ وَقَالَ، وَكَثْرَةَ السُّؤَالِ، وَإِضَاعَةَ الْمَالِ

Maksudnya: Allah SWT tidak menyukai kamu banyak berkata-kata (tentang orang lain), terlalu banyak bertanya, dan juga pembaziran harta. (Riwayat Al-Bukhari, no.5975)

Wallahu ‘alam.

Sumber: Mufti Wilayah




No comments:

Powered by Blogger.