Orang Gaji Kantoi, Cuba Bawa Lari Barang-Barang Majikan, Dah Siap Sumbat Dalam ‘Luggage’
Satu video ‘kantoi’ dimana menunjukkan seorang pembantu rumah wanita cuba melarikan diri dengan membawa barangan milik majikan dalam satu kejadian tular di media sosial.
Difahamkan melalui video yang tular tersebut, majikan itu berjaya menahan beberapa bagasi berisi barangan milik keluarga majikan tersebut untuk di bawa lari dengan menaiki sebuah lori.
Video tersebut dikongsikan di laman Twitter milik seorang individu ini menunjukkan keadaan di dalam rumah majikan tersebut dipenuhi dengan bagasi. Bila diperiksa, ke semua isi bagasi tersebut adlaah milik tuan rumah tersebut.
Rata-rata netizen meluahkan rasa tidak puas hati terhadap tindakan pembantu rumah tersebut. Ada yang mendakwa sesetengah pembantu bertindak begitu kerana terima hasutan daripada rakan-rakan.
Sumber: Twitter
The post Orang Gaji Kantoi, Cuba Bawa Lari Barang-Barang Majikan, Dah Siap Sumbat Dalam ‘Luggage’ appeared first on Siakap Keli.
No comments: