Larangan Mencela Orang Yang Meninggal Dunia
Apabila mendengar perkhabaran saudara atau kenalan kita meninggal dunia, Islam menganjurkan untuk mengucapkan takziah dengan ucapan
انّا للہ و انّا الیہ راجعون
(sesungguhnya kami adalah keupayaan Allah dan kepada Allah jualan kami kembali).
Amalan menyedekahkan Surah Yaasin dan melakukan tahlil kepada arwah juga akan dilakukan. Sebenarnya, ia bukan sahaja boleh dilakukan terhadap kenalan dan saudara mara yang dekat, namun juga kepada saudara seislam kita yang telah meninggal dunia bagi mendoakan kesejahteraan mereka di alam sana.
Antara adab yang ditekankan ialah menjaga aib mayat. Berkatalah perkara yang baik-baik mengenai mereka dan jika tiada, diam itu adalah lebih baik.
Sekalipun mayat tersebut telah meninggal lama, tidak perlu diungkit lagi akan kesilapan atau aib mereka kerana itu adalah urusannya di alam sana.
Walau bagaimanapun, jika anda mempunyai perkara yang perlu dilangsaikan dengan arwah seperti hutang yang tertunggak, maka ia perlu diselesaikan dengan cara yang baik seperti berbicara secara terus dengan ahli keluarga mereka.
Larangan mencela mayat ini pernah diriwayatkan daripada ‘Aisyah RA, Baginda SAW bersabda:
اَ تَسُبُّوا الأَمْوَاتَ، فَإِنَّهُمْ قَدْ أَفْضَوْا إِلَى مَا قَدَّمُوا
Maksud: “Janganlah kalian mencela mayat kerana mereka telah menjumpai apa yang telah mereka kerjakan.” (Hadis Riwayat Bukhari, no. 1393)
Para ulama bersepakat bahawa hukum asal mencela dan menghina seseorang yang sudah meninggal dunia adalah haram. Kata Syeikh Muhammad bin Salih ‘Utsaimin bahawa, mereka yang telah meninggal dunia akan mendapat pembalasannya sendiri di alam sana, bahkan tidak terkesan dengan celaan tersebut. Sebaliknya, mereka yang mencela akan dicatat sebagai dosa dan mendapat pembalasannya juga.
Walau banyak mana dosa yang telah mereka lakukan, itu adalah urusannya di alam sana. Celaan tersebut tidak akan menambahkan lagi catatan amalan atau dosa mereka. Namun, ia akan menyakiti perasaan dan hati mereka yang masih hidup.
Ahli keluarga atau sahabat handai yang terdekat pasti akan merasa sedih dengan celaan tersebut ditambah lagi dengan kehilangan orang yang tersayang. Perasaan mereka yang masih hidup perlu dihormati dan dijaga.
Terdapat satu situasi di mana celaan terhadap mereka yang telah meninggal dibolehkan menurut pendapat syarie seperti mencela orang kafir yang telah memerangi kaum muslimin secara terang-terangan semasa hidupnya atau bagi memperingati sejarahnya.
والكافر قد يتأذى قريبه المسلم بسبه, والمسألة تحتاج إلى النظر في المصلحة بالنسبة لسب الأموات الكفار، قد يكون فيه مصلحة.
Maksud: “Adapun (mencela) orang kafir (yang sudah meninggal), kadang akan menyakiti kerabatnya yang muslim. Masalah ini perlu ditimbang adanya perkara dalam mencela orang kafir yang sudah meninggal dunia. Kadang, memang terdapat masalah di dalamnya.” (Liqa’aat Al-baab Al-Maftuuh)
Tuntasnya, soal dosa pahala seseorang yang telah meninggal itu bukan menjadi permasalahan mereka yang masih hidup. Bagi menjaga diri sendiri agar tidak bertambah dosa, maka perlu dijaga akan lisan dan perbuatan anda daripada mencela mereka yang telah meninggal dunia.
Wallahu a’alam.
Rujukan:
Muslim.or.id
No comments: