Ibarat Tak Mahu Keluar Rumah Terus, Warga Singapura Serbu Pasaraya Lepas Terima Amaran Jingga
Satu laporan yang mengatakan bahawa Singapura telah menaikan tahap amaran Sistem Tindak Balas Perebakan Penyakit (DORSCON) dari kuning ke jingga menyebabkan rakyat di sana lebih berhati-hati.
Susulan dengan itu, harini di laman Twitter dipenuhi dengan tanda palang negara tersebut. Dengan tanda palang #Singapore yang memenuhi dinding Twitter, rata-rata rakyat Singapura bertungkus-lumus membeli barangan runcit untuk menangani daripada terjangkit wabak Koronavirus tersebut.

DORSON jingga yang membawa maksud penyakit yang dianggap teruk dan mudah merebak dari manusia ke manusia tetapi tidak meluas dan boleh dibendung.

Ramai penduduk di Singapura berkongsi gambar dan video di mana stok barangan runcit telah habis disebabkan ramai yang membeli untuk disimpan sepanjang menghadapi amaran wabak virus tersebut.



Rakyat di Singapura dikatakan lebih berhati-hati menjaga kesihatan setelah amaran DORSCON dikeluargakan dengan warna jingga.

Sumber: Twitter
The post Ibarat Tak Mahu Keluar Rumah Terus, Warga Singapura Serbu Pasaraya Lepas Terima Amaran Jingga appeared first on Siakap Keli.
No comments: