Ads Top

(Video) Sunyi Sepi, Bandar Wuhan Ibarat ‘Kota Mati’ Akibat Koronavirus

Kecantikan yang menghibakan. Bandar Wuhan yang dipenuhi jutaan penduduk kini sunyi dan lengang selepas dilanda koronavirus yang telah membunuh 132 nyawa di China dan menjangkiti 6052 mangsa di seluruh dunia.

Seorang jurugambar tempatan, Yang Ke telah merakam dan berkongsi situasi terbaru di bandar berkenaan, menunjukkan jalan yang kosong setelah semua penduduknya dikuarantin.

Mereka diarahkan untuk berada di dalam rumah dan menjauhi orang ramai serta memakai topeng muka jika ingin ke tempat awam.

Perayaan dan festival tahun baru turut ditangguh bagi mengelakkan penularan wabak itu.

Semoga bandar indah ini dapat mengatasi hari-hari gelap ini secepatnya

Menakutkan, tapi ada kecantikan di bandar Wuhan

Seolah-olah semalam anda berjalan dengan orang lain bergembira, tetapi tiba-tiba bangun pada keesokan harinya, anda tak dapat keluar.

Jangan berputus asa Wuhan!

China sedang berusaha membina dua buah hospital baru dengan kapasiti masing-masing 1,000 sehingga 1500 katil untuk merawat pesakit yang menunjukkan simptom pneumonia.

Kedua-dua hospital Huoshenshan dan Leishenshan bakal digunakan pada 3 February dan 5 Februari akan datang.

Sumber: Shanghaiist, CGTN

The post (Video) Sunyi Sepi, Bandar Wuhan Ibarat ‘Kota Mati’ Akibat Koronavirus appeared first on Siakap Keli.




No comments:

Powered by Blogger.