(Video) Netizen Sebak, Tonton Lelaki Bisu Akad Nikah, Sekali ‘Lafaz’ Sah Bergelar Suami
Ijab dan kabul adalah satu di antara rukun nikah dalam Islam. Jika tidak ada perbuatan ijab dan kabul maka perkahwinan dianggap tidak sah. Namun, pernah atau tidak korang melihat sendiri cara orang kelainan upaya (OKU) masalah percakapan dan pendengaran menunaikan ijab dan kabul nikah?
Ya, momen seperti ini patut dijadikan sebagai teladan dan juga inspirasi kepada insan-insan terpilih yang senasib seperti mereka.
Perkongsian daripada seorang wanita yang merupakan saudara kepada pengantin lelaki ini berkongsi satu video momen terindah saat dijabkabulkan.
“Pure, mute akad nikah”
Pure, mute akad nikah 🥰😭
Congrats faiz & fara! pic.twitter.com/qetMtGK8RJ— إرين (@eriinkahar) January 25, 2020
Tambah Erin, pasangan pengatin ini sudah berkawan sejak dibangku sekolah lagi. Kedua-dua mereka juga mempunyai masalah yang sama. Jodoh mereka berpanjangan hingga ke jinjang pelamin.
Diiringi dengan seorang penterjemah yang merupakan guru semasa sekolah dahulu ketika sesi ijab kabul. Dengan sekali lafaz, pengantin lelaki ini sah menjadi suami.
Sumber: ErinKahar
The post (Video) Netizen Sebak, Tonton Lelaki Bisu Akad Nikah, Sekali ‘Lafaz’ Sah Bergelar Suami appeared first on Siakap Keli.
No comments: