Ads Top

(Video) Kenakan Beberapa Sekatan Ke Atas Iran, AS Sedia Untuk Berbaik

Semalam, Iran telah bertindak melancarkan serangan peluru berpandu ke atas Iraq yang dikatakan bertujuan membalas dendam atas kematian komander tertinggi mereka, Qassim Soleimani.

Ekoran daripada serangan itu, Trump mengesahkan bahawa tiada anggota tentera Amerika yang terkorban dan kerosakan yang berlaku adalah pada kadar yang minimum.

Melalui ucapan yang dibuat oleh Donald Trump, Amerika Syarikat (AS) tidak berhasrat untuk menggunakan kuasa ketenteraan sebagai tindak balas terhadap serangan peluru berpandu di Tehran.

Gambar: ht

Dalam ucapan itu juga, Trump menyatakan bahawa AS bersedia untuk berbaik dengan semua pihak yang terlibat. Kenyataan itu juga bermakna bahawa AS bersedia untuk membuat rundingan bersama Iran seperti yang pernah dijalinkan pada 2018.

Kita semua harus bekerjasama untuk membuat perjanjian dengan Iran agar dunia menjadi tempat yang lebih aman.

Kita juga harus membuat perjanjian yang membolehkan Iran berkembang maju dan berjaya memanfaatkan potensi yang belum diterokainya.

Melalui ucapan itu juga, Trump mengesahkan pentadbirannya akan mengenakan sekatan baru ke atas Iran sebagai tindak balas terhadap serangan terdahulu. Beliau turut menegaskan bahawa Iran tidak akan memperolehi senjata nuklear pada masa akan datang.

Sumber: HindustanTimes / USA Today

The post (Video) Kenakan Beberapa Sekatan Ke Atas Iran, AS Sedia Untuk Berbaik appeared first on Siakap Keli.




No comments:

Powered by Blogger.