Jangan Terlalu Bersedih Sampai Nak Bunuh Diri, Tips Nora Kekal Tabah
Dugaan kehilangan suami dan anak buat selama-lamanya pasti memberikan memori pahit buat penyanyi Nora Ariffin.
Suami Nora, Johan Nawawi meninggal dunia pada 24 Mac 2017 manakala anak keduanya, Muhammad Alif, 20, menghembuskan nafas terakhir pada tanggal 14 Disember lalu.
Dilihat cukup tabah menerima dugaan hidup tersebut, Nora berkata dia redha menerima ujian yang diberi Allah SWT terhadapnya.
“Bagi saya semua org ada masalah dan untuk dapat ketenangan itu, saya tak nak fikir masalah.
“Macam mana sedih pun saya perlu move on. Kita kena sabar dengan apa sahaja ujian dan dugaan yang terjadi dalam hidup kita. Kita kena belajar redha menerima lebih-lebih lagi kematian.
“Kita tak boleh terlalu sedih sangat atau terlalu murung sampai ada rasa nak bunuh diri.
“Kita kena bersyukur dengan setiap apa yang kita ada. Ujian-ujian yang diberikan itu Allah bagi sebab nak betulkan diri kita,” katanya ketika ditemui pada majlis memperkenalkannya sebagai duta produk penjagaan kulit Prettian yang berlangsung di Glam Hall, Damansara Perdana semalam.
Nora juga menjelaskan dia mengambil semangat Allahyarham anaknya dalam menjalani hari-hari mendatang.
“Kalau dia ada, dia selalu nak pastikan saya okay. Dia tak nak saya fikir masalah dan selalu offer untuk jaga adik-adik supaya saya ada masa untuk diri sendiri.
“Jadi, semangat itu yang saya bawa kerana saya pasti dia sentiasa nak tengok saya bekerja dan jalani hidup dengan tenang. Lagipun anak-anak yang lain perlukan saya,” ujarnya lagi.
Hasil perkahwinan dengan Johan, Nora mempunyai empat anak iaitu Mohammad Syakir Iman, Allahyarham Mohammad Syakir Alif, Putri Nur Dahlia dan Putri Nur Fatehah. – KopiPlanet.com
The post Jangan Terlalu Bersedih Sampai Nak Bunuh Diri, Tips Nora Kekal Tabah appeared first on KopiPlanet.com.
No comments: