Ads Top

33 Adalah Usia Ahli Syurga Yang Sebenar?

Tahukah anda, sebuah kajian yang telah dilakukan oleh Kyrsty Hazell dari The Huffington Post UK mendapati bahawa 42 peratus responden merasa optimistik dengan masa depan ketika mereka berumur 33 tahun, manakala 38 peratus berpendapat bahawa mereka kurang tekanan ketika berada pada umur ini.

Kajian yang bertajuk ‘People at their happiest at their age of 33, study reveal’ telah mengkaji mengenai umur magik manusia, iaitu manusia akan merasa bahagia pada umur 33 tahun.

Kajian ini juga telah dipersetujui oleh beberapa pakar psikologi yang lain seperti Donna Dawson yang berpendapat bahawa manusia sudah mencapai tahap yang membanggakan bermula zaman kanak-kanak sehingga dewasa.

Jika kajian ini membuktikan bahawa angka 33 merupakan usia yang membahagiakan anda, Islam juga pula menunjukkan sesuatu yang menakjubkan mengenai angka ini.

Sedarkah anda, terdapat dalil mengenai usia penghuni syurga adalah sama dan lebih menakjubkan ialah usia mereka dianggarkan antara 30 hingga 33 tahun. Malah, jumhur ulama bersetuju bahawa usia sebenarnya ialah 33 tahun.

ÙŠَدْØ®ُÙ„ُ Ø£َÙ‡ْÙ„ُ الجَÙ†َّØ©ِ الجَÙ†َّØ©َ جُرْدًا Ù…ُرْدًا Ù…ُÙƒَØ­َّÙ„ِينَ Ø£َبْÙ†َاءَ Ø«َÙ„َاثِينَ Ø£َÙˆْ Ø«َÙ„َاثٍ ÙˆَØ«َÙ„َاثِينَ سَÙ†َØ©ً

Maksud: “Penduduk syurga akan masuk syurga dalam keadaan jurdan (tidak berbulu di badannya), murdan (tidak berjanggut), bercelak, dan usia 30 atau 33 tahun.” (Hadis Riwayat Tirmizi, no. 2545. Juga diriwayatkan oleh Muaz bin Jabal dan ia terdapat juga dalam Kitab At-Targhib wa Tarhib – dinilai sahih atau hasan)

Menurut pendapat Ibnul Qayyim melalui kitabnya Hady Al-Arwah, 104 – Usia 33 tahun merupakan saat di mana manusia sudah mencapai tahap kematangan mereka dan juga merasa nikmat-nikmat yang sempurna.

Jumhur ulama bersetuju bahawa usia penduduk syurga adalah antara 30-33 tahun dan usia mereka sama sahaja. Dalam erti kata lain, tiada yang lebih tua atau tiada yang lebih muda.

Tambah mereka lagi, umur mereka tidak akan bertambah dan tidak akan berkurang. Berkenaan dengan sehingga bilakah mereka akan berada dalam usia tersebut, tiada dalil sahih yang menyebutkannya.

Wallahu a’alam.

Rujukan:
Konsultasi Syariah




No comments:

Powered by Blogger.