Ads Top

(Video)Wanita Dakwa Ditinggal Suami & Dihina Keluarga Mertua Kecewa Dapat Waris Cacat Kepala Besar

Surabaya, Indonesia – Didakwa malu kerana anak mengalami penyakit berkepala besar, seorang suami bertindak tinggalkan isteri dan anaknya.

Dina Oktavia, 21, berkata, dia tidak menyangka kehadiran Muhammad Pandhu Firmansyah berusia lima bulan itu menjadi titik perpecahan rumah tangganya.

“Suami saya sudah satu bulan ini pergi, katanya malu ada anak tak sempurna,” ujar Dina sambil menahan air mata.

Muhammad Pandhu menghidap Hidrosefalus yang menyebabkan kerosakan pada bahagian kepala termasuk bibir, hidung dan matanya.

Bukan itu sahaja, mentua Dina yang menentang perkahwinannya bersama si suami turut enggan menerima kehadiran cucu itu.

“Sejak lahir sampai sekarang, mentua tidak pernah sekali pun melawat anak saya, katanya malu ada cucu seperti ini,” katanya.

Wanita yang tinggal di rumah sewa sempit bersama bayinya itu terpaksa membesarkan anak seorang diri dengan kewangan yang tidak seberapa.

“Saya sewa 500 ribu (kira-kira RM148) sebulan,” katanya yang tinggal di rumah berukuran 2×6 meter bersama anak tunggal dan ibu kandungnya.

“Untuk makan sehari-hari, kadang ada kadang tiada.”

Tersentuh melihat kisah si suami yang malu anak berkepala besar dan tinggalkan isteri sendiri, wakil Jabatan Masyarakat, Pemberdayaan Wanita dan Anak-anak Kota Surabaya telah tampil memberi bantuan dan rumah baru buat keluarga kecil itu.

Jabatan Kesihatan tempatan turut bekerjsama dengan hospital tempatan untuk memantau kesihatan bayi itu.

Kelainan Sejak dalam Kandungan

Menurut Dina, Muhammad Pandhu yang mengalami masalah Hidresefalus sejak dalam kandungan itu baru sahaja menjalani rawatan memasang tiub untuk saluran cairan di kepalanya di hospital tempatan.

Hidrosefalus merupakan keadaan yang menyebabkan kepala bayi membesar secara tidak normal akibat pengumpulan cecair serebrospinal di dalam rongga ventrikel otak.

Cairan ini mengalir dari sumsum tulang belakang ke seluruh otak untuk membantu fungsi otak, namun jika ia berlebihan, kerosakan kekal jaringan otak akan berlaku dan mengganggu perkembangan fizik dan intelektual anak.

Pembesaran kepala berlaku apabila cairan berlebihan menekan tengkorak atau kerana ia tidak dapat mengalir dengan baik di dalam otak. Kebanyakan kes masalah ini berlaku sejak lahir (kongenital).

Sumber: Tribun News, Suara Jatim

The post (Video)Wanita Dakwa Ditinggal Suami & Dihina Keluarga Mertua Kecewa Dapat Waris Cacat Kepala Besar appeared first on Siakap Keli.




No comments:

Powered by Blogger.