(Video) Gelagat Gorilla Basuh, Perah Baju Buat Satu Dunia Tersenyum
Pernahkah anda melihat haiwan dengan gelagat persis perbuatan manusia. Pasti ianya melucukan dan dapat menghiburkan hati. Baru-baru ini, tular di media sosial satu video yang memaparkan seekor Gorilla sedang membasuh baju.
Gelagat Gorilla tersebut dilihat seakan-akan sudah mahir dalam kerja harian yang dilakukan oleh manusia.
Ianya bermula apabila seorang penjaga zoo meninggalkan peralatan membasuh baju berserta sehelai baju berhampiran kolam air.
Apabila haiwan tersebut menghampiri kolam tersebut, ia mengambil sabun serta berus dan mula mencuci pakaian berkenaan.
#ICYMI Gorilla in Chongqing falls in love with washing clothes🦍😮 pic.twitter.com/oLs2VYYucs
— CGTN (@CGTNOfficial) December 4, 2019
Menurut Xu Zhengkun sebagai penjaga zoo berkenaan, Gorilla itu tidak pernah diajar untuk melakukan perkara sedemikian. Namun, sebelum ini ia adalah melihat aktiviti itu dilakukan.
“Tiada siapa yang mengajarnya. Dia pernah nampak saya mencuci pakaian sebelum ini. Pada masa itu, dia begitu teruja dan terus melihat. Kemudiannya, barulah kami menyedari bahawa ia mempunyai minat untuk membasuh pakaian”
Menerusi video lain yang memaparkan sudut yang lebih dekat, Gorilla itu dilihat memerah kain yang dibasuhnya itu.
Sumber: CGTN
The post (Video) Gelagat Gorilla Basuh, Perah Baju Buat Satu Dunia Tersenyum appeared first on Siakap Keli.
No comments: