Ads Top

K-Clique Artis Tempatan Paling Banyak Distrim Pengguna Spotify

Hampir melangkah ke tahun 2020, perkhidmatan langganan strim audio paling popular di dunia, Spotify mengumumkan kempen Wrapped yang mana ia menyenaraikan artis, album dan lagu yang paling banyak dimuat turun oleh pengguna mereka.

Kumpulan K-pop terkenal, BTS merupakan Artis Paling Banyak Distrim di Malaysia bagi tahun ini apabila lagu mereka distrim lebih 3 bilion peminat dari seluruh dunia termasuk di Malaysia.

Lagu duet mereka bersama Halsey, Boy With Luv juga dinobatkan sebagai Lagu K-Pop Paling Banyak Distrim di peringkat global.

Di arena muzik tempatan, K-Clique berjaya dinobatkan sebagai Artis Tempatan Paling Banyak Distrim pada tahun ini menerusi lagu Haa Tepok. Kumpulan rap yang masih baru di industri juga berjaya mengatasi artis-artis hebat lain seperti Faizal Tahir dan Datuk Seri Siti Nurhaliza yang berada di tangga kedua dan ketiga.

Tempat keempat dan kelima carta Artis Tempatan yang Paling Banyak Distrim pula dipegang oleh SonaOne dan kumpulan pop-rock baharu iaitu Insomniacks menerusi lagu hits mereka berjudul Pulang. – KopiPlanet.com

No comments:

Powered by Blogger.