(Video) Polis Tembak Mati Seorang Lelaki Atas London Bridge Selepas Didakwa Cederakan Orang Awam
Seorang Polis bersenjata didakwa telah menembak seorang lelaki di London Bridge dalam insiden yang menyebabkan seorang mati dan lima orang cedera.
Kejadian berlaku apabila terdapat pergelutan antara lima orang mangsa itu sebelum pegawai polis bersenjata itu masuk yang cuba untuk meleraikan pergelutan tersebut.
Peristiwa seperti itu dikatakan pernah berlaku 3 tahun yang lalu, dimana serangan pengganas yang mengerikan di London Bridge pada Jun 2017 yang menyaksikan tiga lelaki membunuh lapan orang dan mencederakan 48 orang lain.
Seorang lelaki yang bekerja di seberang jalan dari Borough Market berkata dia telah mendengar laporan seorang lelaki dengan pisau telah ditembak oleh polis.
‘Sebuah lori melintas ke kedua-dua lorong dan polis menembaknya dari kedua-dua pihak,’ katanya.
Berlaku kekecohan dikawasan tersebut sehingga membawa kepada kesesakan lalu lintas. Namun, dapat ditenangkan dengan bantuan pihak polis.
Video shows man walking away with a knife from incident at London Bridge. BBC correspondent Andy Moore says it's presumed he took the knife off the suspect https://t.co/6GvyKd0jiT pic.twitter.com/ERS10Dsxel
— BBC News (UK) (@BBCNews) November 29, 2019
Sumber: BBC
The post (Video) Polis Tembak Mati Seorang Lelaki Atas London Bridge Selepas Didakwa Cederakan Orang Awam appeared first on Siakap Keli.
No comments: