‘Terbang’ Untuk Elak Jalam Sesak, Lelaki Hasilkan Helikopter Sendiri Guna Barang Terpakai
Seorang lelaki memutuskan untuk menghasilkan sebuah helikopter yang dicipta sendiri bagi mengelakkan kesesakan lalu lintas yang berlaku di Sukabumi, Indonesia.
Jujun Junaedi telah mengisi masa terluangnya dengan menghasilkan helikopter yang dibuat sendiri dengan hanya berpandukan beberapa video.
Dia telah menghabiskan masa selama 18 bulan untuk menghasilkan helikopter tersebut dengan menggunakan barangan terpakai dari bengkel kenderaannya.
Beliau juga telah membelanjakan 30 juta rupiah (RM8,886) bagi menghasilkan helikopter tersebut.
Anak Junaedi serta jirannya turut membantunya ketika menghasilkan helikopter sepanjang 8 meter tersebut.
Dia hanya akan berasa puas hati terhadap helikopter ciptaannya sekiranya ianya berjaya ketika penerbangan pertamanya nanti.
Namun, dia bukanlah orang yang pertama cuba untuk menghasilkan helikopter sendiri.
Dua tahun yang lalu, seorang lelaki Afrika Selatan telah menghasilkan sebuah helikopter polis menggunakan lembaran besi bergelombang.
Selain itu, seorang petani China telah menghabiskan masa selama tiga tahun untuk menghasilkan sebuah helikopter namun ianya gagal untuk berfungsi.
Sumber: shine
The post ‘Terbang’ Untuk Elak Jalam Sesak, Lelaki Hasilkan Helikopter Sendiri Guna Barang Terpakai appeared first on Siakap Keli.
No comments: