Ads Top

Neelofa Nafi Kahwin Tahun Depan, Tak Sunyi Biarpun Single

Pelakon dan pengacara, Noor Neelofa Mohd Noor menafikan dakwaan sesetengah pihak yang mengatakan dia bakal mendirikan rumah tangga tahun hadapan.

Menurutnya, dia tidak mengetahui dari mana datangnya gosip seperti yang diperkatakan ramai itu.

“Mana ada saya bertunang mahupun berkahwin tahun hadapan. Macam mana isu ini boleh timbul?

“Sejujurnya tiada apa-apa perbincangan membabitkan ahli keluarga mengenai ke arah itu. Cuma apa boleh saya kongsikan adik lelaki dan sepupu sebaya yang bakal mendirikan rumah tangga pada tahun depan.

“Mungkin sebab umur saya sudah 30 tahun menyebabkan ramai yang buat spekulasi.

“Tiada sebab untuk saya berahsia mengenai kehidupan peribadi. Kalau ada seseorang yang bertakhta di hati, saya akan kongsikan.

“Ini bukan zaman dulu nak sorok. Andai bakal melangkah ke fasa baharu saya akan kongsikan kepada khalayak.

“Buat masa ini, saya tidak rasa yang hidup single ini mengganggu perasaan saya sebab saya dikelilingi ahli keluarga dan rakan-rakan yang sentiasa ada untuk saya,” katanya kepada KopiPlanet.com ketika ditemui pada majlis pelancaran koleksi kasut kolaborasi bersama jenama antarabangsa Giuseppe Zanotti di Pavilion, Kuala Lumpur, hari ini.

Neelofa merupakan selebriti Asia kedua dipilih bekerjasama dengan jenama kasut mewah dari Itali itu.

Mengulas mengenai kerjasama itu, pengacara Meletop itu berkata, “Saya bersyukur dan teruja atas peluang serta rezeki ini. Ini adalah hadiah bermakna dalam hidup kerana saya adalah peminat jenama kasut ini dan sudah lama menggunakannya.

“Saya sendiri mengagumi Giuseppe yang cukup merendah diri ketika berpeluang bertemunya dalam minggu fesyen baru-baru ini sehingga mencetuskan idea untuk kolaborasi ini,” ujarnya. – KopiPlanet.com

No comments:

Powered by Blogger.