Mengapa Waktu Subuh Di Selangor Lewat 8 Minit
Semalam, Jabatan Mufti Selangor telah mengeluarkan kenyataan berhubung isu waktu Subuh yang dilewatkan selama 8 minit.
Hal ini diumumkan berikutan dengan fajar sadiq (waktu bermula Subuh) yang berlaku pada sudut matahari di kedudukan 18 darjah di bawah ufuk yang sedikit berbeza dengan waktu yang diguna pakai sebelum ini, iaitu pada sudut 20 darjah.
1⁰ bersamaan dengan 4 minit. Disebabkan perbezaan 2⁰, maka jumlah waktu berbezanya ialah sebanyak 8 minit.
Kajian ini telah dilakukan oleh Jakim bersama dengan Universiti Malaya dan beberapa universiti serta agensi kerajaan yang lain.
Setakat ini, hanya negeri Selangor yang terjejas masanya, manakala untuk negeri-negeri lain berkemungkinan boleh berubah jika tiba masanya.
Perkara ini telah dibentangkan melalui Mesyuarat Jawatankuasa Muzakarah Majlis Kebangsaan bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia (MKI) yang ke-116.
Tidak timbul isu buat mereka yang solat awal dari waktu baru tersebut sebelum mengetahuinya. Hal ini kerana, jadual solat sebelum ini adalah berdasarkan ijtihad yang telah dikeluarkan sebelum dikemas kini.
No comments: