Diselamat Dari Hutan Terbakar Di Australia, Koala Malang Ini Akhirnya Mati
Seekor koala yang mendapat perhatian selepas diselamatkan dari kebakaran hutan di Australia telah mati selepas gagal sembuh daripada luka kebakaran yang dialaminya.
Koala yang diberi nama Lewis itu telah dibawa ke hospital haiwan pada minggu lalu selepas seorang wanita, Toni Doherty, mengambil haiwan itu dari pokok yang terbakar dalam hutan di New South Wales.
Dalam video yang telah tular diseluruh dunia, Toni dilihat telah menggunakan bajunya untuk ‘membungkus’ koala tersebut. Beliau juga memberikan air kepada haiwan itu dalam usaha untuk menenangkannya.
Pihak veterina berkata koala tersebut sangat lemah kerana kesan terbakar yang dialaminya tidak bertambah baik. Koala yang berumur 14 tahun itu menghadapi beberapa kesan terbakar di dada, kaki dan bahagian badan yang lain.
Dalam krisis kebakaran yang telah tercetus sejak September yang lalu, seramai enam orang telah meninggal dunia dan lebih 500 buah rumah musnah. Kebakaran itu terus berlaku dan amaran rasmi telah dikeluarkan yang memperlihatkan musim paling teruk di Australia.
Sumber: BBC
The post Diselamat Dari Hutan Terbakar Di Australia, Koala Malang Ini Akhirnya Mati appeared first on Siakap Keli.
No comments: